Saya Nur Fahimah Binti Fauzi merupakan guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan semester 6, Opsyen Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran yang menuntut di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu ingin memperkenalkan Inovasi Digital Dalam PdP Pendidikan Khas yang telah saya cipta yang bertajuk Jom KBC.
Apakah itu Jom KBC? KBC merupakan singkatan daripada Jom kita belajar huruf ABC. Jom KBC ini berfokuskan kepada murid pendidikan khas Masalah Pembelajaran bagi tahun 1 yang mengalami masalah dalam menyebut huruf ABC. Oleh itu, saya telah membuat inovasi ini bagi memenuhi keperluan murid tersebut.
TERDAPAT BEBERAPA ELEMEN BAHAN PENGAJARAN YANG TERDAPAT PADA INOVASI INI IALAH:
😎 MANUAL PENGGUNAAN
💻 VIDEO PENGAJARAN - pengguna boleh klik pada link yang diberikan bagi melihat video penerangan yang dihasilkan.
🖱 KUIZ - Setelah menonton video pengajaran, pengguna boleh menguji minda mereka dengan menjawab soalan kuiz yang disediakan.
📡VIDEO PENGUKUHAN -Pengguna perlu menekan butang klik pada video latihan untuk melakukan aktiviti latihan berdasarkan video.
🔸KELEBIHAN INOVASI:
💭 Membantu murid mengenal huruf melalui Pengajaran dan Pembelajaran yang menyeronokkan.
💭Menekankan konsep merentas kurikulum selari dengan KSSR iaitu TMK sebagai salah satu ENT
💭PdP Berunsurkan didik hibur dan interaktif
💭Membantu murid menambahkan fokus semasa sesi pembelajaran dan pengajaran
💭Kuiz dan permainan yang menyeronokkan dan menarik minat murid
💭Menjimatkan masa dan kos
💭Memberikan murid satu pembelajaran yang menarik
💕💗 Oleh itu, sebagai tanda sokongan & galakkan terhadap inovasi Jom KBC ini, anda hanya perlu LIKE & SHARE serta berikan KOMEN sekiranya ada sebarang cadangan penambahbaikanterhadap inovasi saya, juga boleh ditinggalkan pada ruang komen ✌💗💕
☺Terima Kasih☺